Seperti biasa, kami tidak merancang percutian.. maka, dengan bebekalkan baju, susu Aina, bantal, tikar & boya Aina, kami pon memulakan perjalanan ke destinasi yang pada mulanya tidak kami ketahui.. Bak kata papa, jalan jer lah.. hak hak hak.. Memang pada tujuan asalnya nak jalan-jalan..
Sebelum menuju lokasi yang tidak kami ketahui tu, singgah sebentar di rumah nenek Aina.. (mak saya lah tu) pelawa lah mereka2 untuk mengikuti aktiviti jalan-jalan kami yang masih samar-samar lokasinya.. Mak menolak sebab belum masak lagi, katanya.. Pelawa adik, terus dia mandi dan packing baju.. ha ha ha... pantang dipelawa...
Oleh kerana kami sekeluarga punyai tabungan bercuti (walaupun sedikit) kami merancang untuk bermalam di tempat yang akan kami singgah itu nanti.. Sampai di bandar kota tinggi, papa Aina mencadangkan untuk ke Air Papan.. Pantai peranginan yang terletak di Mersing..
Kali terakhir saya menjejakkan kaki di situ mungkin sebelum Nur Aina lahir, iaitu 3 tahun yang lepas.. Jadi saya pun bersetuju dengan cadangan tersebut.. Aina dan Mak Cu nya (adik saya) gembira betul sepanjang perjalanan.. wah, dah macam fun fair dalam kereta.. seronok betul.. Setelah 2 jam perjalanan, akhirnya kami tiba di Bandar Mersing. Cari makan dulu, supaya tak lapar lepas mandi nanti.. Destinasi biasa yang akan aku pergi untuk bersantap ialah di tepi sungai .. entah apa tah nama tempat nya aku lupa.. Sotong besar-besar.. ermm.. hati terus tertawan untuk menyantap sotong sambal.. ermm.. apa lagi yang aku makan yer, ermm tak tau nama menu, tapi macam kerabu seafood.. ada udang & sotong yg di hiris.. sedap tak terkira.. lepastu, sayur dan telur goreng untuk Aina.. Harga? Ok lah untuk menu sedap ni... 3 bintang..
Selesai bersantap, papa Aina terus menuju ke Air Papan menggunakan jalan pantai.. sekejap je dah sampai, berbanding dengan jalan dulu.. Kami berhenti di bawah pokok, berehat.. Wah, tanpa berlengah masa, Ania & Mak Cu nya terus menuju ke pantai membawa boya, meninggalkan mama dia sesorang... Ceh...
1st picture |
Relax Sebentar ye sayang... |
Ini lah Mak Cu Aina |
Oleh kerana ombak kuat & air tinggi, kami cuma main di gigi air sahaja.. Almaklumlah.. Mak Cu Aina ni bukan pandai berenang pon.. he he he he..
Ada je yang dia nak buat bahan mainan.. |
Nice View |
Lari.... |
Mak Cu Aina |
Merenung ke langit |
Percutian kali ini berakhir dengan kami tak bermalam di mana-mana tempat penginapan pon, sebab nya, Aina dah asik bersin dan menunjukkan tanda-tanda permulaan selsema.. Jadi kami pon singgah sebentar di Pantai Penyabong, dan kemudian pulang ke rumah.. Hasilnya, malam Nur Aina tak boleh tidur sebab selsema..
Nantikan destinasi lain akan datang... Chow...
No comments:
Post a Comment