Tuesday, May 1, 2012

Tanjung Sepang, Teluk Ramunia, Johor

Sempena cuti 1st May, kami bersama-sama rakan papa Aina menuju ke Teluk Ramunia. Pada awalnya bukan untuk bercuti, tetapi untuk menemani papa bekerja.. Tapi akhirnya menjadi percutian yang tak di rancang.. Nasib baiklah setelah 4 tahun berkahwin, kenal benar dengan papa Aina ni, bila dia kata 'yok jalan' kena lah standby baju & susu aina (tu yang paling penting) termasuk lah tuala & makeup apa sebagai.. sebab, selalunya, tidak dirancang, kami akan menginap ikut lah sesuai di hati papa.. Kadang-kadang surprise vacation ni syok jugak.. Almaklumlah, papa ni suka kot yg survival mcm ni.. So.. ini lah hasil nya percutian yang tak di rancang, nasib baik kawan papa pon sporting jugak...

Setelah beberapa jam perjalanan, & setelah papa berjumpa dengan rakan-rakan yang lain, kami menuju ke rumah kawan papa.. rehat, makan & minum... aina pon bermain-main..



 Masa ni Aina baru bangun tido.Wah, celik mata dia bila sampai kampung kawan papa ni..
 Memanjat lah apa lagi kann....

 



Jetty Teluk Ramunia

Jetty Teluk Ramunia, tengah tunggu ikan naik...
Selepas pergi rumah kawan papa tu, kami terus ke Jetty Teluk Ramunia, tunggu ikan naik katanya.. nak buat BBQ ikan fresh.. wah.. dah lah tak de bawak apa2 barang, tetiba aja nak buat BBQ, suka eik.. tunggu punya tunggu, ikan pun naik.. harga?? memang agak mahal.. maklumlah, ikan fresh .. katanya.. kami membeli seekor sahaja ikan pari, besar.. kira2 2 kilo besarnya.. cukup untuk makan kami ber-4.. dan selepas membeli ikan, kami pon menuju ke pekan Teluk Ramunia untuk beli barang2 BBQ, seperti arang, majerin, kicap & sauce.. adalah rempah lain2 yg ku beli utk peram ikan.. 

Selesai beli barang, kami menuju terus ke Seaview Resort Tanjung Sepang.. Kata papa, dulu pernah ke situ.. Nasib baik ada chalet yg kosong.. Harga RM220 semalam.. 2 bilik.. ok lah tu... 


Mama, Apa ni.. ?? 
Bertungkus lumus
Apa ni??
Tendang rr sikit...










wah.. inilah hasilnya.


Suka Aina makan yer..


Dan bila terbit matahari.. kami apa lagi.. berendam lah dekat air depan chalet kami.. syok kan.. menghirup udara segar...











 Apa ni mama???

















Sekian, mesti korang muntah gambar kan???... ha ha ha...